15 TIPS RAYA DIKAMPUNG SANGAT PENTING YANG RAMAI ORANG TAK PERASAN

balik1

Hari ini sudah 24 Ramadhan, tinggal beberapa hari sahaja lagi syawal akan tiba. Kebiasaannya orang Malaysia ni akan balik ke kampung untuk beraya bersama mak dan ayah. Sudah siap mengemas nak balik kampung ke?

Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :

  1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya x berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.
  2. Rumah di kampung ada yang tiada aircond, kipas pun terhad. Kalau takut panas bawa balik 1 kipas sendiri. Elakkan tidur hotel atau homestay sebab alasan tidak selesa atau panas. Hati mak ayah perlu dijaga sebab mereka sanggup berkorban untuk tidak selesa kerana ingin membesarkan kita.
  3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.
  4. Kalau perlu, tilam atau toto pun bawa sekali. Kalau takut banyak nyamuk bawa kelambu sekali.
  5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.
  6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.
  7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan talipon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok talipon. Kepimpinan melalui tauladan.
  8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan ‘respect’.
  9. Santuni adik beradik yang sedikit ‘kurang’ berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.
  10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun ‘keberadaan’ kita bersama mereka lebih disyukuri.
  11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.
  12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dll. Paling koman ‘kordial sunquick’ pun kira dah soleh tu.
  13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita. Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dgn org lain..jgn harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati …yg tua yg muda…jangan rasa kita hebat.
  14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri.
  15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

Di kesempatan ini juga kami ohsempapa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan kami memohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap dari kami atau tersalah kata didalam blog kami ini. Semoga anda semua dapat meraikan hari lebaran ini bersama keluarga tercinta dan berbahagia sentiasa. Amin!

Salam Syawal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *